Friday, December 4, 2009

Adakah kita sudah bersedia?

Kali ini,saya ingin ajak anda semua berbincang akan pro dan kontra jika subsidi ditarik.Jika kita lihat,gula adalah antara 1 barangan keperluan yang amat penting dalam kehidupan harian kita.Paling tidak pun kita nk minum air sirap,mesti kena ada gula.Tapi adakah kita sudah bersedia dan apakah persediaan kita jika subsidi gula ditarik?

Adakah kita ingin dihukum bagi kesalahan yang bukan berpunca dari kita?Bak kata pepatah,kerana nila setitik,rosak susu sebelanga atau pun,jangan disebabkan nyamuk seekor,kelambu di bakar....

Gula adalah barangan kawalan dan lebih-lebih lagi ianya amat penting ketika perayaan.Pening kepalalah semua suri rumah,peniaga-peniaga dan juga pencari sumber rezeki bagi sesebuah keluarga jika subsidi ini ditarik...

Adakah benar kita penyebab indeks pemgambilan gula menjadi tinggi?Mungkin ya mungkin tidak tanpa kita sedari.

Jika kita perhatikan,sesuatu barangan subsidi amat memberi impak pada kehidupan seharian.Jika sesuatu subsidi ditarik atau dikurangkan,pastinya harga barangan di pasaran akan menjadi tidak menentu...seperti subsidi minyak terutamanya.

Bila sesuatu subsidi berubah,mulalah kita pening kepala memikirkan apakah tindakan kita selanjutnya...harga barangan harian kita di pasaran semakin naik,tapi gaji tetap di tahap yang sama...naik gaji pun berapa ringgit sangat dan mungkin setahu sekali atau pun 5 tahun sekali..buatnya yang tak ada kenaikan gaji???siapa yang nk bantu mereka?

Tidak ada sesiapa yang akan membantu kita selain kita sendiri yang membantu diri sendiri.Sbb itulah kita kena bersedia dari sekarang agar kita tidak menjadi mangsa ekonomi global yang tidak menentu...Jangan berharap sangat pada 1 sumber rezeki sahaja,malah lebih baik kita mencari sumber pendapatan sampingan bagi membantu kita menempuh hari-hari yang semakin mencabar di era globalisasi ini....

Subsidi Gula Ditarik

Salam semua.Petikan berita ini telah diambil dari http://forum.mykmu.net
dan anda boleh melihat selanjutnya disana.

Baru- baru ini kita telah dikejutkan dengan khabar bahawa rakyat malaysia adalah antara yang banyak mengambil gula dalam kehidupan seharian sehinggakan ada pihak-pihak tertentu terasa akan impaknya.Adakah benar dalam kehidupan harian kita,kita telah mengambil kadar gula yang tinggi?Bagaiman pula dengan produk- produk makanan dan minuman diluaar sana yang dijual di supermarket dan segala market2 yang ada.Terutama sekali kandungan gula didalam minuman tin.

Ini adalah petikan yang telah diambil di forum tersebut:

BERITA
Rabu Disember 2, 2009
Kerajaan Kaji Cadangan Tarik Balik Subsidi Gula

KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang mengkaji cadangan pelbagai pihak supaya menarik balik subsidi gula dalam usaha mengurangkan kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia.

Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian memandang serius cadangan tersebut dan keputusan sama ada mahu memansuhkan subsidi gula akan dibincangkan di peringkat Kabinet tidak lama lagi.

"Kami masih membuat penelitian sama ada mahu mengurangkan atau memansuhkan terus subsidi gula yang diberi kerajaan.

"Kami akui subsidi gula yang diberi amat tinggi justeru kami sedang mengkaji cadangan beberapa pihak supaya memansuhkannya memandangkan gula bukanlah satu keperluan di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di sini semalam.

Beliau berkata setakat ini kerajaan memperuntukkan RM720 juta setahun bagi menanggung kos subsidi gula bagi mengekalkan harga gula bertapis pada paras RM1.45 sekilogram.

Ismail Sabri bagaimanapun berkata harga gula dijangka mencecah RM2.45 sekilogram tahun depan jika kementerian mengambil keputusan untuk memansuhkan subsidi gula.

Katanya antara faktor cadangan pemansuhan subsidi itu dipertimbangkan ialah kerana Malaysia satu-satunya negara yang membekalkan subsidi gula kepada rakyat.

Selain itu katanya ia sebagai menyokong usaha mewujudkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat negara ini.

Terdahulu, Presiden CAP S.M. Mohd Idris turut menggesa kerajaan agar menghapuskan subsidi gula selepas beberapa persatuan pengguna lain turut mencadangkan usul yang sama baru-baru ini.BERNAMA