Salam semua.Petikan berita ini telah diambil dari http://forum.mykmu.net
dan anda boleh melihat selanjutnya disana.
Baru- baru ini kita telah dikejutkan dengan khabar bahawa rakyat malaysia adalah antara yang banyak mengambil gula dalam kehidupan seharian sehinggakan ada pihak-pihak tertentu terasa akan impaknya.Adakah benar dalam kehidupan harian kita,kita telah mengambil kadar gula yang tinggi?Bagaiman pula dengan produk- produk makanan dan minuman diluaar sana yang dijual di supermarket dan segala market2 yang ada.Terutama sekali kandungan gula didalam minuman tin.
Ini adalah petikan yang telah diambil di forum tersebut:
BERITA
Rabu Disember 2, 2009
Kerajaan Kaji Cadangan Tarik Balik Subsidi Gula
KUALA LUMPUR: Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang mengkaji cadangan pelbagai pihak supaya menarik balik subsidi gula dalam usaha mengurangkan kadar pengambilan gula di kalangan rakyat Malaysia.
Menterinya Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kementerian memandang serius cadangan tersebut dan keputusan sama ada mahu memansuhkan subsidi gula akan dibincangkan di peringkat Kabinet tidak lama lagi.
"Kami masih membuat penelitian sama ada mahu mengurangkan atau memansuhkan terus subsidi gula yang diberi kerajaan.
"Kami akui subsidi gula yang diberi amat tinggi justeru kami sedang mengkaji cadangan beberapa pihak supaya memansuhkannya memandangkan gula bukanlah satu keperluan di negara ini," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kempen Kurangkan Pengambilan Gula anjuran Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) di sini semalam.
Beliau berkata setakat ini kerajaan memperuntukkan RM720 juta setahun bagi menanggung kos subsidi gula bagi mengekalkan harga gula bertapis pada paras RM1.45 sekilogram.
Ismail Sabri bagaimanapun berkata harga gula dijangka mencecah RM2.45 sekilogram tahun depan jika kementerian mengambil keputusan untuk memansuhkan subsidi gula.
Katanya antara faktor cadangan pemansuhan subsidi itu dipertimbangkan ialah kerana Malaysia satu-satunya negara yang membekalkan subsidi gula kepada rakyat.
Selain itu katanya ia sebagai menyokong usaha mewujudkan gaya hidup sihat di kalangan masyarakat negara ini.
Terdahulu, Presiden CAP S.M. Mohd Idris turut menggesa kerajaan agar menghapuskan subsidi gula selepas beberapa persatuan pengguna lain turut mencadangkan usul yang sama baru-baru ini.BERNAMA
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

adakah lepas subsidi gula ditarik,segala perbelanjaan kita akan berubah?
ReplyDelete